Rewrite Indonesia drama – Episode 10


(Di mana awak?
Saya bersama Kania di restoran.) (Dia tahu.
Awak perlu jelaskan kepada dia.) Abi, tolong beritahu saya
perkara sebenar. Saya yakin awak tahu
tentang perkara ini. Lebih baik… awak tanya Senja sendiri. Saya minta maaf, Reno. Saya tidak boleh. Saya… Saya bersama Abi sekarang. Tidak mengapa. Saya hanya mahu beritahu awak
mengenai perasaan saya pada awak. Jangan risau. Saya akan sentiasa ada untuk awak. (Di mana awak?
Saya bersama Kania di restoran.) (Dia sudah tahu.
Awak perlu jelaskan kepada dia.) (Sebuah Siri Viu Original) (Rewrite) Dia takkan beritahu saya
mengenainya. Sebab itu saya mencari jawapan
dari awak. Dan, saya juga tidak mahu dia risau. Saya faham, tapi kenapa awak begitu yakin
yang saya tahu jawapannya? Sebenarnya, saya tidak tahu. Kerana saya ada firasat yang awak
dan Senja sudah lama kenal. Jauh lebih lama sebelum Reno
perkenalkan awak berdua di Yujin. Awak berdua seolah-olah berkongsi
pengalaman yang kami tidak tahu. Saya betul, bukan? Abi? Hei. Saya hanya singgah… untuk melawat awak. Apa pun, Senja dan Reno
sudah pulang? Ya, mereka baru sahaja pergi. Awak bawa makanan itu untuk siapa? Saya sedang makan… tapi kerana mahu cepat,
saya suruh mereka bungkuskan. Awak tahu, Senja ketakutan
ketika dia melihat saya pengsan. Walaupun saya hanya keletihan. Awak tahu kenapa dia bertindak
seperti itu? Saya fikir ia kerana
dia sangat ambil berat tentang awak. Dan, dia takut
jika dia kehilangan awak. Sebab itu dia bersikap begitu. Tiba-tiba saya terfikir… yang awak dan Senja
sudah lama berkenalan. Kerana itu akan buat
semuanya masuk akal. Kania, saya tidak dapat jawab soalan awak. Saya tiada hak
untuk buat begitu, jadi… awak harus bertanya
kepada Senja. Boleh? Dia ada semua jawapannya. Tapi, awak juga ada perasaan
yang sama seperti dia, bukan? Awak tahu semua yang dia tulis
di sini akan berlaku nanti. Tolonglah Abi, saya tidak mahu Senja risau. Tapi, saya perlu tahu. Kerana terlalu banyak perkara
yang dia kata, jadi kenyataan. Tepat seperti yang dia katakan. Kenapa awak tidak tanya pada saya? Baca ini. Dan, tolong… beritahu saya perkara sebenar. Jika semua ini benar, katakan “ya”. “Senja pernah bertemu Miyaki
sebelum ini.” Ya. “Senja tahu penghantaran mi
dari pembekal akan terlambat.” Ya. “Senja tahu …” “seseorang akan tersadung
dan jatuh di restoran.” Ya. “Senja tahu stok mi akan habis.” Ya. “Senja sudah mengenali Abi sebelum
Reno perkenalkan mereka di Yujin.” Ya. “Senja dan Abi berhubungan.” Ya. “Senja mahu Kania hidup sihat …” “kerana dia tahu …” “Kania ada masalah kesihatan.” – Lihat?
– Awak semua. Awak takkan percaya ini. Kita kehabisan stok mi? Bagaimana awak tahu? Pembekal tidak hantarkannya
pagi tadi. Apa pun, kawan baik Reno
ada di bawah. Katanya dia mahu perkenalkannya
kepada awak. Tidak mengapa. Saya perlu
buat sesuatu di tingkat atas. Tidak, tunggu. Ikut sahaja saya. Apa sahaja yang awak perlu buat,
saya akan uruskan nanti. – Cepat.
– Baiklah, okey. Abi. Awak pasti kesihatan kawan saya
tiada masalah? Boleh awak semak semula? Tidak mungkin dia boleh pengsan
jika tiada apa-apa. Jadi, tekaan saya selama ini benar? Awak tahu semua perkara itu, termasuk saya yang akan mati? Sebab itu awak begitu takut… ketika saya dimasukkan ke hospital. Siapa awak berdua? Bagaimana awak boleh meramalkan
semua ini? Kania. Kania! Biarkan dia.
Dia perlukan masa sendirian. Awak tidak boleh ke mana-mana, kerana saya sangat sayangkan awak. Awak melihat saya mahu pergi
ke mana-mana? Saya ada di sini. Maksud saya, saya mahu kita
jadi kawan baik selamanya… sehingga kita berdua jadi tua. Awak sangat baik. Sudah tentulah. Kania, cepat bersiap, atau matahari
akan jadi terlalu tinggi. Tapi, saya masih mengantuk. Minum air ini dan makan epal. Awak perlukan tenaga untuk bersenam. Saya sudah sediakan
pakaian sukan awak di sana. Jangan ganggu saya. Kania. Awak percaya jika kita
boleh mengubah takdir? Saya tidak tahu bahagian hidup mana
yang saya mahu ubah. Perlukah saya memperbaiki
perhubungan saya? Atau mengubah hidup saya sepenuhnya? Tapi, apa yang saya tahu, awak perlu sentiasa sihat. Hei. Apa yang berlaku sebelum ini
adalah yang terbaik. Baik? Lebih baik saya naik ke atas dahulu. Kania pasti sudah pulang sekarang. Saya tidak mahu mati. Ia tidak boleh. Dia berbohong kepada saya. Tiada satu pun antara mereka
yang benar. Semuanya tidak benar. Jangan fikir mengenainya. Saya berjanji, kita pasti boleh ubah semuanya. Sekarang, tolong makan. “Awak sudah bercakap dengan Kania?” Awak tidak jawab soalan saya tentang
Yujin apabila saya sudah tiada. Dan, apa yang Reno akan lakukan… jika Yujin ditutup? Reno akan bekerja di pejabat. Jika saya mati, awak boleh… uruskan Yujin? Tolong, berhenti
bercakap tentang mati. Awak cuma akan
buat saya rasa lebih sedih. Dan… bagaimana pula hubungan awak
dengan Abi di masa hadapan? Kami takkan berkahwin… kerana dia tidak memunculkan diri
pada majlis perkahwinan kami. Saya tahu dia pasti
ada sebab yang baik… kerana tidak memunculkan diri
pada majlis perkahwinan dia sendiri. Awak perlu tidur, sudah lewat malam. Selamat malam. Kebiasaannya dia tidak pernah
keluar sehingga lewat malam begini. Jika awak mahu tidur di sini,
awak boleh guna katil dia. Terima kasih, tapi saya bukan
datang ke sini untuk tidur. Saya cuma mahu
pulangkan ini kepada dia. Baju dia. Jika begitu saya minta diri dahulu. – Selamat malam.
– Selamat malam, Reno. (Awak sudah bercakap dengan Kania?) (Kami baru selesai berbual.
Awak di mana?) Saya sudah kehilangan
banyak perkara sebelum ini. Saya tidak mahu
Reno jadi yang seterusnya. Awak di pihak mana sebenarnya? Apa maksud awak? Awak sering bercakap seperti
Reno penyelamat dunia. Kerana selepas Kania pergi,
hanya dia sahaja yang saya ada. (Saya perlu bercakap
dengan awak tentang sesuatu.) (Saya perlu bercakap
dengan awak tentang sesuatu.) Bangun, Senja. Awak cakap mahu bersenam hari ini. Bangun! Awak tidak mahu bersenam
apabila matahari sudah naik. Mari. Kenapa awak tersenyum? Kania. Lepaskan saya
dan pergi minum jus awak. Terima kasih. Lagi satu perkara,
saya ajak Reno sertai kita. Awak tidak apa-apa? Ya, saya tidak apa-apa. – Saya mahu pergi mandi.
– Baiklah. – Cepat sedikit!
– Okey! Siapa? Abi! Hei. Apa yang awak lakukan di sini? Saya fikir awak
mahu bercakap dengan saya, jadi saya tunggu di sini. Tapi, awak tidak datang, dan rasanya saya tertidur. Kami mahu pergi berjoging.
Awak mahu ikut? Boleh. Tapi, saya perlu tukar baju
untuk nampak lebih segar. Okey. Pusing. Jangan intai. Apa? Saya cuma panaskan badan. Siap. Biar saya betulkan rambut awak. Jadi, kita akan
pergi berjoging atau tidak? Sudah tentu. Kita tidak perlukan kereta,
jadi saya tinggalkan kereta di sini. Mari pergi. Teruskan, Senja! Kliwon! Bagus, dia pakai
pakaian yang tidak sesuai. Saya perlu muat naik ini
di media sosial saya. Awak mahu berjoging
atau pergi ke pusat beli belah? Saya pergi rumah awak semalam
tapi awak tiada di sana. Mari buat siaran langsung. Kita adalah
generasi siaran langsung. Sedia? Okey. – Hai!
– Hai! Lihatlah kami. Hai! Mari joging lagi. Kita baru lakukan dua pusingan. Boleh saya letak beg
dalam kereta awak? Sudah tentu. Baiklah. Ucap selamat tinggal
kepada semua yang menonton. Selamat tinggal! Satu teka-teki ringkas. Benarkan apabila kita makan joging
ia akan jadi jagung? Jangan risau.
Saya ada bawa minuman sejuk. Bagus. Bagus. Ini untuk awak. Ini untuk awak. – Dan, ini untuk awak.
– Terima kasih. Awak pasti kita boleh minum
minuman manis selepas bersenam? Jangan risau, kalorinya rendah, dan
mereka tidak guna pemanis tiruan. Percayalah, ia sangat segar. Saya hampir terlupa. Laporan kita masih belum siap, Reno. Laporan apa? Kita perlu selesaikan laporan itu
sebelum waktu pembukaan Yujin. – Kami perlu pergi dahulu.
– Bagaimana dengan saya? Awak boleh habiskan masa dengan Abi. Gerakkan punggung awak, Abi. Cepat. Selamat tinggal, Senja. Abi. Selamat tinggal. Pandu dengan selamat. Jadi, kita akan pulang ke rumah? Betul. – Saya mahu minta maaf.
– Saya mahu minta maaf. Awak minta maaf tentang apa? Saya mahu minta maaf
kerana saya pentingkan diri. Saya tidak tahu tentang
masalah keluarga awak… atau persahabatan awak dengan Reno. Tapi, kini saya sudah faham… kenapa awak tidak mahu
saya rapat dengan Reno. Saya sepatutnya tahu… apa yang cetuskan
pergaduhan di antara awak berdua. Tapi, ia langsung
tidak sepatutnya jadi masalah. Kerana perasaan saya terhadap
seseorang tidak mudah berubah. – Reno…
– Ya? Jika saya sudah tiada lagi, awak boleh tolong
uruskan Yujin untuk saya? Sudah tentu.
Awak mahu pergi ke mana? Belajar di luar negara? Itu mustahil. Atau awak mahu berkahwin? Sekarang saya faham. Bakal suami awak
tidak benarkan awak bekerja. Awak akan jadi isteri yang tinggal
di rumah untuk suami awak? Tiada siapa yang akan berkahwin
dan saya tidak bergurau. Saya akan melakukan yang terbaik
untuk terus menguruskan Yujin. Tapi, saya tidak tahu berapa lama,
tanpa awak. Turunkan saya di Yujin. Awak takkan kembali
ke pangsapuri awak? Bagaimana dengan mandi? Saya boleh mandi di restoran. Baiklah.
Jangan membazir air, nanti rugi. “Kepada Senja,” “saya menulis surat ini…” “kerana saya tahu…” “jika saya kata secara peribadi,” “kita akan menangis sebelum saya
sempat mengatakan apa-apa.” “Sebenarnya…” “semalam semasa awak beritahu
yang awak dari masa depan…” “saya fikir itu mustahil.” “Tapi, kemudian, banyak persoalan
berada dalam fikiran saya.” “Awak akan gembira di masa depan?” “Boleh awak selesaikan semua
masalah awak pada masa hadapan?” “Dan, bagaimana pula
dengan nasib Yujin?” “Saya tahu…” “bukan saya sahaja
yang risau tentang ini.” “Saya tahu awak juga begitu.” “Tapi, mengetahui masa depan…” “tidak patut membuat awak takut
untuk menjalani hidup.” “Mari jalani hidup bersama.” “Kami perlu menetapkan matlamat
supaya ia menjadi bermakna.” “Saya akan sentiasa berada
di sana untuk awak,” “kerana awak kawan baik saya.” “Dan, saya mengambil berat
tentang awak.” – Selamat pagi, ayah.
– Selamat pagi, Abi. Ibu awak kata lebih baik jika
bunga itu disusun dalam satu pasu. (Abi) – Helo, Abi.
– Helo, Senja. Awak ingat bunga yang saya beli
untuk ibu bapa saya? Mereka susun bunga itu
dalam satu pasu. Betulkah? Jadi, rancangan kita berjaya! Saya sangat gembira untuk awak. Awak sudah cuba… ramen baru Yujin? Saya yakin awak belum.
Ia dipanggil Ramen Kolagen. Saya sudah rasa. Bila? Saya tidak ingat
jika awak pernah cuba. Awak lupa? Awak tahu… Pada masa hadapan?
Dalam kehidupan yang lain? Betul. Okey, tunggu. Begitu. Awak rindukan saya. Katakan sahaja,
saya akan jumpa awak segera. Kenapa dengan awak ini?
Jangan perasan. Awak datang dan cuba ramen itu,
dan saya tunggu awak. Saya perlu bersedia untuk bekerja. Selamat tinggal, jumpa awak di sana. Selamat tinggal. “Abi, boleh kita bertemu hari ini?” “Abi, saya kembalikan
baju ini kepada awak.” “Jangan risau, sahabat sejati
tidak mencuri pakaian…” “dari almari kawannya.” “Terutama apabila dia tahu
ia mempunyai makna yang istimewa.” Biarkan pelanggan tahu yang kita
memperkenalkan Ramen Kolagen. Dan, beritahu mereka ia boleh
membersihkan kulit mereka. – Selamat pagi!
– Selamat Pagi. Apa khabar? Taklimat pagi? – Ya. Mengenai Ramen Kolagen.
– Begitu. Cik Kania kata ia boleh
membersihkan kulit awak. Tapi, saya tidak fikir ia bertahan,
kerana Miyaki makan dengan banyak. – Selamat pagi.
– Helo, Reno-san. Saya lambat? Tidak. Ada sesuatu yang tidak kena
dengan gincu awak. Bagaimana dengan gincu saya? Bagaimana dengan bibir saya? Teruskan dengan taklimat. Cik Senja. Boleh saya simpan gincu awak? Saya mahu kelihatan comel juga,
seperti awak. Tolong. Sudah tentu. Kongsi dengan Burhan. Terima kasih! Hai. Apa? Ada sesuatu yang tidak kena lagi
dengan gincu saya? Tidak. Lagi pula saya hanya bergurau. Ini maksud saya. Saya tidak mahu beritahu awak… tentang perasaan saya pada awalnya. Kerana saya tahu
ia akan menjadi janggal. Tapi, kita masih berkawan, bukan? Jika betul,
jadi kita boleh bercakap… dan bergurau
seperti tiada apa yang berlaku. Awak dulu. Tunggu, tidak. Saya ada cara bersalaman yang baru. Satu, dua, tiga, empat… – Jumpa lagi.
– Ya. Cik Kania. – Apa ini?
– Biar saya terangkan kepada awak. Buku kecil ini buku panduan
untuk uruskan Yujin Ramen. Saya menulis segalanya
yang awak perlu tahu. Senarai ramuan, apa yang
awak perlukan untuk stok… di mana untuk membelinya, harga… lengkap dengan kenalan pembekal. Semuanya ada di sana,
awak hanya perlu membacanya. Cik Kania. Saya mengagumi inovasi awak… untuk Yujin Ramen… dan usaha awak untuk meningkatkan
perkhidmatan restoran ini. Saya fikir ia idea yang baik, sekiranya saya tidak dapat
berada di sini. Awak masih boleh
uruskan restoran tanpa saya. Awak ada rancangan untuk pergi? Tidak, tapi sekiranya berlaku. Awak patut belajar, untuk mengekalkan
perkhidmatan yang baik. Baiklah. Tapi,
Yujin Ramen perlu kekal dibuka. Sehingga saya menjadi tua
dan mempunyai cucu. Yujin Ramen perlu kekal dibuka. Saya akan beli restoran jika perlu. Tapi, dengan gaji saya… itu hanya mimpi. Bagaimana jika saya
dinaikkan gaji… daripada setengah gaji awak? Bagaimana jika saya beli restoran,
kemudian pecat awak… dan simpan gaji awak? Itu memang hak awak. Tapi, saya akan tetap… bekerja dengan baik
supaya saya tidak dipecat. Awak letih? (Yujin Ramen) Kania. Apa yang awak berdua buat? Ya, Abi? Awak sudah sampai?
Hebat, saya akan turun. Ya. Abi sudah sampai. Kania, percaya pada saya. Kita pasti boleh ubah semuanya
jadi lebih baik. – Mari turun ke bawah.
– Mari pergi. – Selamat datang!
– Selamat datang! Hei, Abi. Duduk. – Awak sudah makan?
– Belum lagi. – Awak patut makan.
– Baiklah. Cef, satu ramen untuk Abi. Baiklah. – Saya tinggalkan awak sekejap.
– Tiada masalah. – Cef…
– Ya? Buat ramen kolagen untuk dia. Lebihkan sayuran, kurangkan cabai
dan tiada daun bawang. Cik Senja… Awak sangat tahu
apa yang Abi mahu pesan. Seperti dia teman sejiwa awak. – Saya akan duduk dengannya.
– Baiklah. – Hai.
– Hai. – Selamat datang.
– Selamat datang! Meja itu sedia untuk awak. Jadi, perangkap bunga kita berjaya. Dan, apa rancangan awak seterusnya? Belum ada lagi. Tapi, sebenarnya… dua jenis bunga kalau
bersama lebih cantik. Dan, nasib baik
mereka dapat faham itu, jadi saya agak gembira. Jadi, saya mahu mereka
untuk rasa itu dulu. Jadi, ya. Ia berjaya. Bagaimana jika awak suruh ayah awak
untuk beri hadiah kepada ibu awak? Itu idea yang baik. Jadi, Vika. – Kita akan beri keputusan esok.
– Baiklah. Dan, sekarang,
kita akan kembali ke studio… untuk periksa lagu video awak. Dan, kita ada masa hingga petang ini
untuk pertemuan seterusnya. (Yujin Ramen) – Petang ini di studio, bukan?
– Ya. Jika begitu,
saya ada urusan lain sekarang. Jadi, boleh kita bertemu di sana? – Begitu. Tidak mengapa.
– Tidak apa? – Jumpa awak di sana.
– Jaga diri. (Yujin Ramen) “Saya rindu ramen awak, Reno.” Rupa-rupanya ada udang
di sebalik batu? (Vika) Jawab sahaja ia. – Ya, Vika?
– Awak di restoran ramen? Bagaimana awak tahu itu? Saya kebetulan
ternampak kereta awak. Boleh saya sertai awak? Pasti. Okey, saya akan masuk. Hei… Nampaknya Vika ada di luar… dan dia ternampak kereta saya,
jadi dia datang ke sini. Itu ya? Pasti. Selamat datang! – Apa khabar?
– Baiklah. – Ini kawan saya, Kania.
– Helo. – Saya Kania.
– Saya Vika. – Awak mahu pesan ramen?
– Pasti. – Sila duduk.
– Terima kasih. Ini menu kami. Awak mahu lihat menu dulu
atau awak sedia untuk pesan? Ada banyak pilihan. Apa cadangan awak? Ramen kolagen, ia bagus untuk kulit awak. Awak akan sukakannya. Baiklah, ramen kolagen. – Dan, untuk minuman awak?
– Teh sejuk. – Baiklah, sebentar.
– Terima kasih, Reno. Burhan, Miyaki,
perkenalkan diri kepadanya. – Helo.
– Helo. – Saya Cef Miyaki.
– Hai. Awak selebriti instagram itu? – Boleh kita ambil gambar?
– Pasti. – Miyaki, kami berdua dulu.
– Baiklah. Lepas ini baru kita bertiga. Satu, dua, tiga. Satu lagi. Ia gambar yang hebat. – Burhan.
– Hebat. – Ia akan tingkatkan pengikut saya.
– Maaf. – Saya mahu ambil gambar dengannya!
– Cukup. Kembali bekerja. – Awak merajuk?
– Tidak. Saya ada gambar dengan Vika. Awak masih di rumah? Biasanya pada masa ini
awak masih di pejabat. Saya tiada kerja penting
di pejabat hari ini. Saya rasa apa yang Abi buat
begitu romantik. Untuk beri kita bunga
dia bohong kepada kita. Satu dari saya, dan satu dari awak. Anak kita begitu cerdik. Tapi, tidak mengapa
kerana ia bawa senyuman. Maksud awak,
ia tidak begitu selama ini? Selama awak jadi isteri saya… awak bahagia? Kalau tanya… jika kita bahagia dengan pasangan
ia takkan berakhir. Kenapa awak tanya itu? Senja, awak marah? Adakah pergaduhan awak dengan Abi
kerana Vika? Dalam kehidupan kami sebelum ini… tiada Vika. Mungkin kerana kami berusaha
untuk ubah takdir… entah bagaimana dia muncul. Tapi, bagaimana
perasaan awak terhadap Abi? Ia masih sama, bukan? (Ayah) Awak masih marah pada ayah awak? Boleh awak sekurang-kurangnya
ada perbualan dengannya? Mungkin dia rindu awak. Kania, Senja… Vika mahu ambil gambar kumpulan
untuk media sosialnya. Ia promosi percuma
untuk perniagaan kita. Mari pergi. Cepat. Satu, dua, tiga! Sempurna. Satu lagi. Sedia? Satu dua tiga. – Saya mahu melihatnya.
– Terima kasih. – Sama-sama.
– Lihatlah ini. Jumpa nanti, Abi. Tidak mengapa
jika saya tidak hantar awak? Tidak mengapa. Semua, jumpa lagi! Saya akan menghantar gambar
kepada awak. – Jangan lupa untuk memuat naiknya.
– Baiklah. Boleh awak akan mengikuti saya
kembali pada media sosial saya? Ia dipanggil “Burhanrealaccount”. Jumpa lagi, Abi. Senja. Saya akan jumpa awak
di pangsapuri awak. Vika. Ya. Kenapa? Saya tahu keadaan ini
tidak adil kepada awak. Saya tahu… awak berharap kita lebih dari kawan
setiap kali awak bertemu saya. Tapi, saya tidak boleh. Saya minta maaf. Begitu. Awak tiada perasaan
kepada saya, bukan? Tapi, apa pun… saya masih menepati janji saya. Saya masih akan membantu awak
membina kerjaya awak dalam muzik. Kita boleh menjadi kawan? Terima kasih. – Selamat tinggal, Abi.
– Selamat tinggal. Jadi, bagaimana kerjaya muzik awak? Kenapa awak tanya? Tiada apa-apa. Tapi, saya fikir kerana
Vika selebriti… mungkin dia tahu seseorang… yang boleh awak upah
sebagai pengurus awak? Saya suka idea awak… tapi saya tidak fikir itu sesuai. – Hei, Bulgoso.
– Hei. – Baiklah, Kliwon.
– Ya, lebih baik. Bagaimana awak tahu
jika awak tidak pernah cuba? Siapa tahu, mungkin kerjaya awak
dalam muzik mesti melalui dia? Apa yang rugi jika awak mencubanya? Tiada apa-apa. – Ya.
– Fikirkan mengenainya. Hei. Mari pergi ke atas bumbung. – Awak pasti awak boleh sapu lantai?
– Awak bergurau? – Mari pergi.
– Itu sahaja? Betapa lucunya. Reno, datang ke sini sebentar. – Ya?
– Saya mahu beritahu awak sesuatu. Duduk. Awak tahu saya memberikan salinan
buku ini kepada semua pekerja. Tetapi buku ini hanya untuk awak. Sebenarnya ini buku kewangan kita. Ia tidak sukar difahami. Saya juga meletakkan beberapa nota
untuk membantu awak memahami. Tunggu,
apa maksud awak dengan semua ini? Awak merancang untuk meninggalkan
Yujin? Meninggalkan saya? Apa yang awak cakapkan? Awak terlalu negatif. Saya rasa ini penting
untuk perniagaan kita. Dan, awak mempunyai ijazah
dalam pengurusan. Ia menjadi mudah untuk awak. Saya cuma mahu ambil beg saya. Jumpa awak di rumah! – Selamat tinggal!
– Selamat tinggal! – Hati-hati, Senja!
– Baiklah. Awak lapar? Sedikit. Mari makan. Baiklah. Akhir-akhir ini
saya sukakan tentang video. Video apa? Ada seorang gadis,
dia menyanyi di tepi sungai. Liriknya seperti ini. “Saya pejamkan mata…” Tunggu!
Awak bercakap tentang video saya? Dari mana awak mendapatkannya? Dari telefon Reno. Saya perlu mengakui,
itu lagu yang indah. Saya suka lirik. Mungkin kawan awak, Vika dapat
bantu awak menerbitkan muzik awak. Kenapa kita bercakap mengenainya?
Awak cemburu? – Cemburu? Siapa cemburu?
– Ya. Awak. Tidak, saya tidak cemburu.
Saya biasa-biasa sahaja. Awak cemburu.
Ia ditulis di seluruh muka awak. – “Cemburu.”
– Saya tidak cemburu, Abi. Dia dan saya hanya kawan. Mungkin dia boleh membantu saya
menjadi ahli muzik terkenal. Tapi, dia tidak boleh
menjadi ilham saya. Walaupun saya mempunyai peluang
untuk mengubah nasib saya. Ada satu perkara
yang saya tidak mahu berubah. Cinta saya kepada awak. Katakan sesuatu. Kebelakangan ini, saya banyak belajar sesuatu
yang baru. Kita saling mencintai
di kehidupan kita yang dulu. Ada sesuatu… yang begitu misteri tentang cinta. Kita masih tidak tahu
tentang masa depan hubungan kita. Boleh saya bertanya kepada awak, hanya untuk malam ini? Jangan bercakap
tentang masa depan kita. (Episod Seterusnya, Rewrite) Kejutan! Adakah Reno masih suka buat jenaka
pada masa akan datang? Dan… adakah dia mempunyai teman wanita? Bagaimana dengan saya? Saya mempunyai teman lelaki? Dan, Reno masih mempunyai gaya
yang sama? Kenapa awak memandang saya? Berhati-hati,
awak mungkin suka saya. Tidak masuk akal. Terlalu yakin. Saya masih ada lagi kejutan. Tapi, kali ini, ia untuk awak bertiga. – Selamat datang!
– Selamat datang! Ya… Senja. Ayah. Saya boleh membantu awak. Tapi, awak sudah bersedia? Sedia?

Tags:, ,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *